Kenapa kau kene tinggal, guys !
Kalau kau sayang, jangan laa buat tak tahu je, guys! memang laa kau kate, kalau dah sayang, dia takkan tinggal aku punye.. kalau dia tinggal, die tak sayang aku lah tu .. dasar perempuan tak setia! (hamboi bang marahnye~) habis, kalau abang-abang layan pn nak tak nak jee.. mane lah cik kak tuh tak larik.. kan kan kan? ni antara sebab yang dapat aku senaraikan kenapa abang-abang nih kene tinggal oke..
1) Lelaki terlalu selesa.
Bila nak dapatkan sahaja bertungkus lumus. Bila dah dapat. Duurh BORING~. Telefon pun nak tanak je cakap. Balik-balik tanya,
BF: Awak buat apa?
GF: Tade apa. Tgk Tv.
BF: Dah maknj (salah eja sebab tgh main game. Tak fokus)
GF: Oh dah makan dah (malas nak buat buat tanya sbb dah cukup faham)
Bf: Awak buat apa? (dia tanya lagiiiiii!!)
GF: hmpppppppph
# Perempuan bila once dah suka. Mereka suka dimanja sentiasa. Bukan pada bulan pertama sahaja. Take note please guys. Put some efforts la. Eventho Uols blurrr. before text tu fikirla betul2 nak tulis apa. Rekalah soalan-soalan yang logik-logik.
2) Tidak peka dengan perangai gf masing-masing.
Eventho dah kenal 56 tahun.. Tapi masih tak tahu apa Gf suka? Apa kepantangan Gf? Apa warna kegemaran? Alah macam-macamlah. Kalau nak listkan memang tak habis-habis.
# Dah tau Gf awak tak suka awak ponteng kelas. Janganla buat. Kalau Gf tau Bf suka makan Udang. Hari-hari kalau boleh dia nak bawak udang bagi Bf makan. Kaum2 Gf ni memang suka buat benda-benda yang mampu menarik perhatian Kaum Bf. Ye tak? Pantang la dengar BF demam. Zassssss dah sampai bawak ubat. Kalau Bf?
Gf: Awak saya demam.
Bf: Pergila makan ubat.
GF: Tak larat lah.
BF: Rest2.
ITU JE???????? Cuba tukar ini macam.
GF: Awak saya demam.
BF: Ish. Demam? Awak ok? Ada ubat tak? Nak saya bawa pergi klinik?
GF: Hm..Tak payah susah-susah wak. Saya Ok (perempuan biasak la bro. Kaki pancing. Padahal memang terlepek kat rumah)
BF: Tape wak. Lagi 5 minit saya datang. Teruk nanti lagi susah. Sabar ye wak.
SUSAH? SENANG je kan :). 2 sen juga sms tu. Tapi impak nya sangat besar.
3)Bila perempuan rasa ada lelaki lain mampu menjaga lebih baik dari Bf.
Ini memang banyak sangat jadi. Jangan biarkan Gf uols sampai rasa mcmnilah. Masih belum berkahwin mereka bebas nak buat keputusan. If Uols betul-betul nak. Jaga kasi betullah.Ni nak perempuan cantik-cantik, uols makin lama makin selekeh. Dah tak hensem, garang plak tu. Dah la layan nak tanak. Tapi nak yang perempuan baik-baik. Rasa rasa nya seimbang ke macam tu? NO NO NO NO ish. GF cantik, BF kena la hensem-hensem ( ish, tayah la operate muka bagai. Kemas-kemas sudah). Gf pandai, Bf kena la sama naik pandai. Uols nak jadi pelindung mereka kot suatu hari nanti. Setuju?
4) Tiada education background yang terjamin.
Tahukah Uols ayat ayat mak bapak "Kau nak bagi anak aku makan pasir ke?"
Ya, kalau fikir-fikir balik. Memang betul. Lelaki tak suka fikir panjang. Belajar baru susah sikit dah give up. Kawan dengan orang tak betul, dah hanyut. tak fikir panjang betapa pentingnya level of education tu. Betul kata mak bapak. Sekarang kita tak rasa. Tapi life is ALL ABOUT MONEY. Mana nak dpt wang? From education yang kita ada!
Ya ya sabar. Ada yang cakap. Alah Pak Ali sebelah rumah tu kaya raya. SPM je.
ITU LUCK DIA. KAMU ADA LUCK? CONFIRM?
tak confirm kan. So back up la dulu dengan education ya abang abang. Awak nak pinang anak orang. Takut orang nak bagi anak dia kat awak. Dia sikit punya tatang anak dia. Habis awak nanti nak sepok anak dia suruh duduk dalam rumah je? Tak bagi apa-apa. Yang awak tau suruh dia jadi kilang buat anak. Ish ish ish FIKIR LA Waras waras.
5)BF kawan lebih bagus.
Bukan nak compare. Bukan tak bersyukur. Tapi ya, lumrah alam. semua orang nak yang terbaik untuk diri sendiri.Tapi jadi sedih dan mencemburui kenapa nasib perempuan lain lebih bagus. Adakah diri sendiri salah pilih? Uish takut dengan masa depan yang gelap. Before dah nikah, baik angkat kaki dulu. Selamat dunia akhirat. Ramai lelaki yang lebih baik dalam dunia ni. Sebelum terlambat.....thats why kenapa perempuan kadang2 bertukar arah.
#ubah segala nya sebelum retak#
Fikir-fikirkan... :)
agagaga. suka yang no 4 ! absolutely. HAHA. :P
ReplyDeletehaha ! aah.. semua pun betul.. ;D
ReplyDeleteada benarnya..tapi xsmua laki yg mcm nj.. entty tu bia ada definisi dia skali, hujah yg tepat bukan rambang, ini backup kaum popuan je, kaum laki ni pun ada jenis yg mcm2 da buat tapi popuan xhargai.. entry kasi sekali popuan and laki.. jgn salahkan laki je memanjang.. bagi bernas supaya laki popuan boleh belajar kenal dua kaum ni.
ReplyDelete